Berita penting untuk pengguna Facebook Auto Like.Oleh kerana ramai kawan²saya yang menggunakan Facebook Auto Like.Jadi, saya cuba mendapatkan sedikit info tentang Auto Like di Google dan hasil cariannya adalah amat mengejutkan saya.
Seperti kita tahu, Untuk menggunakan servis auto like kita memerlukan penggunaan acces token sebenarnya acces token ini lah yang merbahaya kepada facebook kita.
Apa Itu Acces Token???
Acces Token adalah struktur data yang mengandungi maklumat keselamatan yang diperlukan oleh sebuah proses untuk mengakses objek (dalam hal ini akaun Facebook) atau proses lain yang memerlukan kebenaran.
Dari Mana Acces Token Tercipta???
Seperti yang kita ketahui bersama, Facebook mempunyai ribuan bahkan mungkin jutaan apps (aplikasi) untuk memanjakan penggunanya. Dari setiap penggunaan apps tersebutlah Access Token tercipta. Setiap Access Token akan disimpan pada pelayan hostingan pembuat aplikasi Facebook.
Bagai Mana Acces Token Berfungsi???
Dengan acces token mereka dapat mengepost status di facebook anda tanpa memerlukan password anda iaitu dengan hanya melakukan sedikit injection keatas url seperti ini --->> https://graph.facebook.com/ID/feed?method=POST&link=URL&message=STATUS&access_token=ACCESS-TOKEN-MANGSA amat mudah bukan? bukan itu sahaja anda juga boleh mengelike,mengomen dan megepost di group dan page dengan hanya menggunakan injection tertentu keatas url.
Oleh Itu, saya mengesyorkan agar anda tidak menggunakan servis auto like di facebook.Kerana anda mungkin terjerat oleh auto like yang dibuat oleh hacker yang berniat jahat terhadap anda.
Comments